Friday, June 3, 2011

now u c..now u don't.. so magic !!

Assalamualaikum, Salam 1 Rejab bt semua, semoga kita diberi keberkatan dalam menambah amalan kita di bulan-bulan yang terakhir ini sebelum menuju ke bulan yang sentiasa kita tunggu, bulan ramadhan almubaraq... semoga kita tidak mensia2kan peluang yang ada ini!!

Sudah tentunya rakan blogger semua dah tahu banyaknya kelebihan2 kita dapat pd bulan2 ini..dan rasanya tak payahlah umy highlightkan di sini, tambahan pula kita semua dpt 'google'kan apa yg ingin kita ketahui...

Haaa...sebenarnya hari ni, memandangkan dapur x berasap, umy berkesempatan menyental dapur umy yg berminyak itu....happy betul rasa bila tengok dapur umy berkilat2 macam baru dibeli...nanti karang, bila nak makan apakata kita ke medan selera... ngeh..ngeh..ngeh!!

~tengok la, berminyak2..jangan gelak tau..
|
|
|
|
|
|
|
V

jeng..jeng..jeng..


~sekarang, tgk!! berkilat2..wah seronoknya!!

Wednesday, June 1, 2011

~Happy Birthday B!!~

01 JUN tiba lagi, hanya ucapan yang satu ini umy berikan kepadanya setiap tahun ~HAPPY BIRTHDAY B!!~setiap kali tiba tarikh ini, bererti umurnya bertambah setahun lagi!! Tiada pengharapan lain selain mengharapkan sesuatu yang baik-baik sahaja..














Hanya doa dari umy buat B
Semoga dikurniakan..
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati.
dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia!!
Insyaallah..



Tuesday, May 31, 2011

~Jom..ke Muar!!

Assalamualaikum buat semua..
Alhamdulillah, n3 kedua menyusul, walaupun blog masih dlm penyelengaraan (chewahhh..boleh blah ler!!) tapi n3 mesti kena post tambahan umy masih dalam kerajinan yang luarbiasa (ermm..cam bagus jer..) hahaha...

Kali ini umy tak mahu ketinggalan merakamkan pengalaman yang menyeronokkan ini untuk dikongsi bersama, seterusnya bakal menjadi lipatan kenangan yang tak mungkin dapat umy lupakan.

Sebenarnya cuti sekolah kali ini betul2 memberi peluang umy untuk bersama mengikuti rombongan menghantar menantu...pengantin perempuannya ialah anak saudara umy, dari abang yang sulung.. destinasinya adalah air hitam, muar johor..uiii.jauh betulll!!
Rombongan kami ke johor dengan menyewa bas pesiaran..seronok sangat, walaupun ahli rombongannya tak la ramai, tapi sudah cukup membuatkan ianya betul2 meriah!!

Rombongan kami bertolak dari pasir mas, kelantan lebih kurang pukul 9.00 pagi hari sabtu (28hb/5) dan sampai ke muar, johor lebih kurang pukul 10 malam pada hari yang sama setelah berhenti makan dan sembahyang di beberapa tempat. Rombongan kami disediakan dengan penginapan homestay yg sangat selesa di taman damai, muar. Sekali lagi kami dihidangkan dengan makan malam yang mabeles!! haha..sebenarnya boleh dikatakan rombongan kali ini adalah sememangnya rombongan untuk makan, makan dan makan lagi!!!

Keesokkan paginya, sekali lagi kami dijamu dengan nasi lemak, kuih karipap dan roti canai.. haha... kan saya dah kata... makannn lagi!! haishhh..apapun syukur Alhamdulillah!!
Selepas menunaikan solat, kami bersiap sedia menuju ke rumah pengantin lelaki untuk majlis yang seterusnya...wah...betul2 hebat, kami disambut dengan paluan kompang dan pencak silat yang sangat menarik..terimakasih untuk pihak tuan rumah kerana menyambut ketibaan kami dengan begitu meriah dan menghidangkan makanan yang sungguh menyelerakan..siap dapat tapau acar buah untuk dibawa pulang!! makasih daun keladi kalau ada masa, pasti kami akan datang lagi..hehe..(x malu..)

Selepas makan2, kami bertolak pulang ke pantai timur lebih kurang pukul 3.00 petang (29hb/5) dan selamat sampai lebih kurang 3.00 pagi (30hb/5)... sesungguhnya ianya adalah pengalaman perjalanan yang sungguh menyeronokkan kerana di dalam bas tersebut hanya kaum keluarga yang dekat2 sahaja!!

Jom... kita layan foto2 sepanjang perjalanan kami ke sana!!





Monday, May 30, 2011

~Syukur Alhamdulillah!!



Bismillahhirahmanirrahim...Dgn nama Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Sesungguhnya umy amat bersyukur kerana dpt membina sebuah lagi blog yg baru setelah blog yang sedia ada berkubur begitu saja di atas kelalaian umy sendiri dan umy amat berharap agar blog ini akan terus kekal untuk dibaca bersama...Insyaallah!!

Sudah tentunya ada yang ingin tahu kenapa blog umy yang amat umy sayangi itu berkubur begitu saja kan?? dan sudah tentunya juga ada ygn sedia maklum kenapa ia terjadi sedemikian...ermmm...itulah pengajaran yang umy perolehi di atas kedegilan umy pada satu2 perkara yang sesetengahnya amat penting tapi umy tak hiraukan..bak kata pepatah 'menyesal sudah tidak berguna'..dan..umy akan mengambil ini sbg iktibar supaya ianya tidak berulang lagi.

Sebenarnya blog yang sebelum ini, umy gunakan akaun 'ymail'...dan baru2 ini ramai yang memberi info tentang laman blog yang akan di'block' sekiranya akaun tersebut tidak ditukar kepada akaun 'gmail'...Walaupun info tersebut dalam makluman umy, tapi dek kerana kealpaan umy, akhirnya ia benar-benar terjadi dan jika umy menangis air mata darah sekalipun, ianya tak mungkin hadir lagi...

Jadi, umy sangat-sangat berharap agar blog umy yang seterusnya ini menjadi penyambung kepada blog umy yang sebelumnya itu dan umy mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua follower umy yang terdahulu, sesungguhnya umy sangat2 menyayangi kalian, dan jika x keberatan, umy ingin mengalu2kan kedatangan anda semua sebagai follower untuk blog umy yang baru ini!!