Tuesday, May 31, 2011

~Jom..ke Muar!!

Assalamualaikum buat semua..
Alhamdulillah, n3 kedua menyusul, walaupun blog masih dlm penyelengaraan (chewahhh..boleh blah ler!!) tapi n3 mesti kena post tambahan umy masih dalam kerajinan yang luarbiasa (ermm..cam bagus jer..) hahaha...

Kali ini umy tak mahu ketinggalan merakamkan pengalaman yang menyeronokkan ini untuk dikongsi bersama, seterusnya bakal menjadi lipatan kenangan yang tak mungkin dapat umy lupakan.

Sebenarnya cuti sekolah kali ini betul2 memberi peluang umy untuk bersama mengikuti rombongan menghantar menantu...pengantin perempuannya ialah anak saudara umy, dari abang yang sulung.. destinasinya adalah air hitam, muar johor..uiii.jauh betulll!!
Rombongan kami ke johor dengan menyewa bas pesiaran..seronok sangat, walaupun ahli rombongannya tak la ramai, tapi sudah cukup membuatkan ianya betul2 meriah!!

Rombongan kami bertolak dari pasir mas, kelantan lebih kurang pukul 9.00 pagi hari sabtu (28hb/5) dan sampai ke muar, johor lebih kurang pukul 10 malam pada hari yang sama setelah berhenti makan dan sembahyang di beberapa tempat. Rombongan kami disediakan dengan penginapan homestay yg sangat selesa di taman damai, muar. Sekali lagi kami dihidangkan dengan makan malam yang mabeles!! haha..sebenarnya boleh dikatakan rombongan kali ini adalah sememangnya rombongan untuk makan, makan dan makan lagi!!!

Keesokkan paginya, sekali lagi kami dijamu dengan nasi lemak, kuih karipap dan roti canai.. haha... kan saya dah kata... makannn lagi!! haishhh..apapun syukur Alhamdulillah!!
Selepas menunaikan solat, kami bersiap sedia menuju ke rumah pengantin lelaki untuk majlis yang seterusnya...wah...betul2 hebat, kami disambut dengan paluan kompang dan pencak silat yang sangat menarik..terimakasih untuk pihak tuan rumah kerana menyambut ketibaan kami dengan begitu meriah dan menghidangkan makanan yang sungguh menyelerakan..siap dapat tapau acar buah untuk dibawa pulang!! makasih daun keladi kalau ada masa, pasti kami akan datang lagi..hehe..(x malu..)

Selepas makan2, kami bertolak pulang ke pantai timur lebih kurang pukul 3.00 petang (29hb/5) dan selamat sampai lebih kurang 3.00 pagi (30hb/5)... sesungguhnya ianya adalah pengalaman perjalanan yang sungguh menyeronokkan kerana di dalam bas tersebut hanya kaum keluarga yang dekat2 sahaja!!

Jom... kita layan foto2 sepanjang perjalanan kami ke sana!!





1 comment:

  1. gitulh has hok sy dok ulang alik...jauh!!!!!

    ReplyDelete